PENGORBANAN SITI KHADIJAH RA.
jemaah yang dimuliakan Allah swt ,, seluruh harta kekayaan
Khadijah RA diserahkan kepada suaminya ,, kepada Nabi saw untuk perjuangkan
agama ini .. dua pertiga kekayaan Kota Mekah milik Khadijah RA .. tetapi ketika
Khadijah hendak menjelang wafat ,, tidak ada kafan yang digunakan untuk
menutupi jasad Khadijah .. bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu
adalah pakaian yang sudah sangat lusuh dengan lapan puluh tiga tampalan
diantaranya dengan kulit kayu ..
jemaah yang dimulikan Allah swt ,, dikisahkan suatu hari
Nabi saw pulang dari kerja dakwah ,,
ketika pulang masuk ke dalam rumah ,, biasa Khadijah menyambut berdiri
didepan pintu .. ketika Khadijah hendak berdiri menyambut ,, Nabi saw berkata
"wahai Khadijah tetaplah kamu di tempatmu" .. ketika itu Khadijah
sedang menyusukan Fatimah yang ketika itu masih bayi ..
tuan-tuan yang dimuliakan Allah swt ,, kerana begitu
pengorbanan Nabi dan Khadijah untuk agama ini ,, untuk bagaimana hari ini kita
mengenal Rabb ,, untuk bagaimana hari ini kita kenal bagaimana kita solat ,,
bagaimana hari ini kita kenal tuhan yang sebenarnya ,, kita kenal Allah ..
jemaah yang dimuliakan Allah swt ,, seluruh harta kekayaan mereka telah menjadi
habis ,, sehingga ketika Fatimah menyusu ,, bukan air susu yang keluar tetapi darah
yang keluar yang masuk kedalam mulut Fatimah RA ..
maka Nabi saw telah mengambil Fatimah dan diletakkan di
tempat tidur ,, gantilah Nabi saw berbaring di pangkuan Khadijah .. maka Nabi
saw kerana begitu lelah jumpa manusia ,, dengan menghadapi caci maki dan fitnah
manusia ketika itu ,, Nabi tertidur .. ketika ituah Khadijah dengan belaian
kasih sayang membelai kepala Nabi saw .. saat terasa air mata Khadijatul Kubra
menitis di pipi Nabi saw ,, Nabi pun terjaga ,, "wahai Khadijah ,, kenapa
engkau menangis?" "adakah engkau menyesal bersuamikan aku,
Muhammad?" "dahulu engkau wanita bangsawan,, engkau mulia ,, engkau
hartawan" "... tetapi hari ini engkau telah dihina orang ,, semua
orang telah menjauh darimu" "seluruh harta kekayaanmu habis"
"adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?"
Khadijatul Kubra kata ,, "wahai suamiku, wahai Nabi
Allah!” "bukan itu yang aku tangiskan,, dahulu aku memiliki
kemuliaan.." "...kemuliaan itu aku serahkan untuk Allah dan
RasulNya" "dahulu aku punya kebangwasanan ,, kebangsawanan itu pun
aku serahkan untuk Allah dan RasulNya" "dahulu aku memiliki kekayaan
,, seluruh harta kekayaan itu pun telah aku serahkan untuk Allah dan
RasulNya" "Wahai Rasulullah! sekarang aku tak punya apa-apa lagi"
"tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini" "Wahai
Rasulullah! sekiranya aku telah mati sedangkan perjuangamu ini belum
selesai" "sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan..."
"...engkau hendak menyeberangi sebuah sungai..." "...dan engkau
tidak memperoleh rakit ataupun jambatan..." "...maka engkau galilah
lubang-lubang kuburku.." "...engkau galilah kuburku,, engkau ambillah
tulang belulangku..." "...engkau jadikanlah sebagai jambatan untuk
engkau menyeberangi sungai itu untuk jumpa manusia.." "...ingatkan mereka
kepada kebesaran Allah" "ingatkan mereka kepada yang haq"
"ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah"
tuan-tuan yang dimuliakan Allah swt ,, seorang Nabi yang
agung ,, seorang isteri yang agung,, suami isteri berpelukan sambil menangis
memikirkan agama ini.. Allahu Akhbar ! jemaah yang dimuliakan Allah swt ..
agama tersebar,, hari ini kita kenal Allah.. tidak dengan mudah jemaah yang
mulia .. agama sampai dalam kehidupan
kita,, agama sampai ke kampung kita ,, agama masuk ke dalam rumah-rumah kita,,
agama sampai ke hati-hati kita,, bukan dibawa oleh burung,, bukan dibawa oleh
angin,, bukan dibawa oleh air sungai yang mengalir,, bukan jemaah yang mulia..
tapi dibawa oleh pengorbanan Nabi dan para sahabat.. dibawa oleh pengorbanan
para-para janda sahabat,, dibawa oleh pengorbanan yatim-yatim para sahabat,,
jemaah yang mulia..
ulama beritahu hari ini kita senang-senang amal agama diatas
penderitaan dan jeritan janda-janda dan yatim para sahabat .. hari ini kita
kadang-kadang senang amalkan agama diatas penderitaan Khadijatul Kubra RA ..
jemaah yang dimulikan Allah swt ,, kalaulah hari ini kita tidak menghargai
pengorbanan mereka ,, apa yang harus kita jawab dihadapan Allah kalau lah kita
jumpa Allah.. apa yang akan kita jawab dihadapan Nabi kalau kita jumpa dengan
Nabi .. apa yang akan kita jawab kalau kita jumpa dengan Abu Bakar ,, yang
telah menghabiskan seluruh harta bendanya untuk agama ini .. apalah yang akan
kita jawab wahai ibu-ibu yang mulia ,, kalau ibu-ibu jumpa dengan
sahabiah-sahabiah yang telah mengorbankan suami-suami mereka syahid dijalan
Allah .. apa yang akan kita jawab sekiranya kita jumpa dengan anak-anak yatim
para sahabat ,, sedangkan mereka telah mengorbankan ayah-ayah mereka untuk
perjuangkan agama ini ..
jemaah yang dimulikan Allah swt ,, agama ini sangat berhajat
kepada pengorbanan ,, agama tidak akan tersebar dengan tulis-tulisan ,, agama
pun tidak akan tersebar dengan cakap ,, agama tidak aka pernah wujud dalam
kehidupan kita tanpa kita mengorbankan diri kita ,, jemaah yang mulia .. sudah
menjadi syarat agama akan wujud melalui pengorbanan ,, hidayah akan datang
dalam diri kita melalui pengorbanan .. agama akan tersebar ,, hidayah akan
tersebar ke hujung-hujung dunia melalui pengorbanan ..
SEMOGA ALLAH SWT TERIMA PENGORBANAN KITA YANG SEDIKIT INI .. ALLAHUMA AMIIN ~~~
No comments:
Post a Comment