Siapakah Umat Terbaik ??
;
Sesungguhnya Allah SWT. telah menjadikan umat ini sebagai
umat yang terbaik yang dikeluarkan kepada
seluruh manusia untuk melaksanakan tugas da'wah , mengajak kepada yang ma'ruf
dan mencegah perbuatan munkar dengan penuh keyakinan , kesabaran , dan
ketabahan . Allah telah menjanjikan kepada umat ini pertolongan dan kedudukan
di muka bumi jika mereka melaksanakan kewajiban-kewajiban agamanya .
Allah SWT. berfirman ;
"Yaitu orang-orang yang jika Kami
menuguhkan kedudukan mereka dibumi, mereka menegakkan solah, menunaikan zakat,
menyuruhkan kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan kepada Allah
lah kembalinya segala urusan." (Qs. alHajj [22] : 41)
Merupakan sebahagian dari
amar ma'ruf iaitu berda'wah (mengajak) kepada setiap amalan Islam. Diawali
dengan mengajak manusia kepada aqidah tauhid (keimanan yang benar kepada Allah)
yang mana iman merupakan asas segala urusan dan kunci segala kebaikan. Kemudian
mengajak mereka kepada amalan-amalan sunnah baik berupa qauliyah (ucapan) ataupun fi'liyah
(perbuatan). Hal itu dijalankan dengan cara memberi targhib (kabar gembira / dorongan) atas amal-amal kebaikan dan tahdzir (peringatan / ancaman) atas
amal-amal keburukan.
Merupakan sebahagian dari
nahi mungkar iaitu melarang dari perbuatan syirik, bid'ah, dosa-dosa besar, dan
dosa-dosa kecil, serta menjaga jiwa dan segala kompenannya agar menjauhi semua
yang dilarang oleh Allah dan bersegera
kepada amal kebaikan. Juga mewaspadai tempat-tempat masuknya syaitan yang
selalu mengintai manusia. Salah satu strategi syaitan adalah apabila ia tidak
sanggup lagi untuk menjerumuskan manusia kepada perbuatan syirik, bid'ah,
dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil, tau tenggelamkan dalam perkara-perkara yang
mubah (dibolehkan), maka syaitan menyibukkan manusia dalam amal-amal yang kecil
keutamaannya dan meninggalkan amal-amal yang lebih besar keutamaannya.
Oleh itu, manusia selamanya
memang memerlukan kepada peringatan, pengajaran, dan targhib (dorongan) atas amal-amal kebaikan.
Sesungguhnya kata-kata ini
bukan hanya ditujukan kepada kaum muslimin, tetapi juga ditujukan kepada aum
muslimat. Kerana kaum muslimat pun sangat memerlukan kepada peringatan dan
engajaran serta pengarahan ini. Terlebih kerana sebahaian kaum muslimat
biasanya hanya sibuk dengan urusan melayani suami, sementara urusan menjaga dan
mendidik anak-anak mereka diserahkan kepada para pembantu. Maka tidak diragukan
lagi, hal ini adalah sesuatu yang sangat membahayakan keluarga.
Oleh itu, wahai saudariku!
Berhati-hatilah atas perkara ini dan segeralah laksanakan kewajiban dan
tanggungjawab saudari sebagai muslimah.
No comments:
Post a Comment